DIET SIHAT TANPA KELAPARAN




KELEBIHAN DIET HERBALIFE

Mengurangkan berat badan tanpa dadah.
Shake Herbalife di jamin 100% bebas dadah. Shake herbalife adalah nutrisi unutk semua golongan. Logiknya bagaimana makanan ini boleh menguruskan badan adalah kerana kalorinya yang rendah tetapi mengandungi kandungan nutrien yang tinggi, memberikan rasa kenyang yang lama, sel yang sihat dan kemampuan badan membakar lemak secara semulajadi.

Mengurangkan berat badan tanpa berlapar.
Kebanyakan program diet akan meminta anda mengurangkan pengambilan makanan. Selera anda akan disekat untuk makan. Akibatnya badan anda akan kekurangan nutrien yang diperlukan oleh badan. Memang anda akan kurus tetapi badan anda akan menjadi lemah dan muka akan kelihatan pucat. Dengan program pengurusan berat badan ini, anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda.

Mengurangkan berat badan tanpa bersenam .Bersenam amat baik untuk meningkatkan kadar metabolisma, menigkatkan pertahanan sistem kardiovaskular dan meningkatkan jisim otot. Tetapi malangnya tidak ramai yang mampu dan punya masa untuk bersenam. Tea mix herbalife meningkatkan metabolisma dan membakar sebanyak 250kcal untuk setiap gelas 400ml yang di minum. Ini bersamaan dengan 20 minit berjoging. Apabila metabolisma meningkat, sistem kardiovaskular juga akan bekerja dengan lebih efektif. Kandungan protin dalam F1 dan F3 akan meningkatkan jisim otot anda.

Kekalkan metabolisma badan anda walaupun ketika berdietDengan pengambilan shake herbalife yang lengkap kandungan nutriennya, badan anda dibekalkan dengan tenaga yang mencukupi unutk menjalankan pembakaran kalori secara semulajadi. Oleh sebab itu metabolisma badan anda akan kekal seimbang dengan keperluan berat badan anda.

Langsing selamanya95% mereka yang berdiet secara konvesional akan kembali kepada berat asal mereka malah kadang-kadang lebih gemuk dari sebelumnya. Sekarang anda boleh tergolong dalam golongan mereka yang 5% kekal langsing selamanya.

KESIHATAN YANG BAIK BERMULA DENGAN NUTRISI SELULAR

Mengoptimumkan Kesihatan Anda dengan Nutrisi Selular
Untuk rasa sihat anda mesti menjadi sihat. Dan untuk menjadi sihat, anda perlu menyuburkan sel anda. Kami menamakannya Nutrisi Selular, dan ia menjadi asas saintifik kepada setiap produk yang kami tawarkan. Dengan membekalkan sel-sel anda dengan nutrien yang seimbang, sel-sel anda menjadi semakin terbuka, membenarkan ia menyerap dan memproses nutrient. Melalui Nutrisi Selular, Herbalife telah mencipta asas yang terbaik untuk pengurusan berat badan dan hasil yang kekal.

Memperibadikan Pengurusan Berat Badan dengan Shapeworks
Nutrisi dan kuasa protein adalah teras kepada Shapeworks. Satu kejayaan cemerlang dalam pengurusan berat badan, Shapeworks berdasarkan teori yang diuji secara klinikal dan falsafah Dr David Herber, Ketua Pusat Nutrisi Manusia dan Pengerusi Lembaga Saintifik dan Perubatan Herbalife. Dengan 26 tahun sebagai peneraju dalam industri pengurusan berat badan, kami telah mereka bentuk Shapeworks untuk menolong anda mengawal rasa lapar dengan berkesan-cabaran #1 yang dihadapi oleh mereka yang berdiet. Dengan kebolehan untuk menyukat protein secara peribadi, Herbalife telah mencipta kombinasi jaya dengan Shapeworks.

Makmal Nutrisi Selular dan Molekular Mark Hughes
Sebagai peluasan kepada komitmen pengasas Herbalife Mark Hughes kepada kajian saintifik, University or Carlifornia di Los Angeles, telah menubuhkan Makmal Nutrisi Selular dan Molekular Mark Hughes. Makmal ini sebahagian daripada Pusat Nutrisi Manusia UCLA yang tersohor diketuai oleh Pengarah Pengasas Dr David Herber, Profesor Perubatan dan Kesihatan Awam di UCLA.* Herbalife telah menetapkan kriteria untuk mengkaji semula semua produk yang dikeluarkan untuk memastikan piawaian kualiti yang paling tinggi. Semua produk yang mencapai tahap garispanduan ini telah diperakukan Nutrisi Selular yang diakui.

Herbalife dan Pengurusan Berat Badan
Lebih 32 tahun dahulu, Herbalife ialah salah satu syarikat yang merintis produk-produk serbuk pengurusan berat badan. Hari ini, Herbalife menjual produk-produk ini di lebih 60 negara di merata dunia.

Siapakah HERBALIFE ?



Herbalife adalah pemimpin dalam membangunkan produk pengurusan berat badan terkini, pemakanan dan juga penjagaan personal. Teknologi terkini digunakan dalam mencipta formula untuk setiap keperluan - sama ada berkaitan dengan jantina, umur, atau badan badan yang khusus, Produk-produk ini diasaskan dari kemajuan sains makanan, suplimentasi mikronutrien dan sains herbal. Ia dihasilkan untuk meningkatkan kualiti hidup anda dan penyediaan kepada kesihatan masa hadapan.
Dengan menyatukan kebaikan semulajadi dan sains terkini, Herbalife adalah yang paling termaju dalam memaksimumkan kesihatan diri.
  • Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat
  • Telah mencecah 32tahun (2012). Lama bukan?
  • telah berada di 70 buah negara dan masih lagi bertambah pada setiap tahun
  • 60Juta pelanggan yang berpuas hati dan masih lagi bertambah. Mungkin anda juga akan menjadi pelanggan yang berpuas hati selepas ini.
  • Disenaraikan dalam bursa saham NYSE. Bukan mudah untuk sesuatu syarikat disenaraikan di bursa saham NYSE. Hanya syarikat yang berprestij dan mantap sahaja yang mampu menyenaraikan diri dalam bursa saham NYSE. Kalau anda x percaya, anda boleh layari internet dan carik tentang NYSE.
  • Lembaga Penasihat Saintifik dan Perubatan.
  • No 1 syarikat pengurusan berat badan di serata dunia.
  • Malaysia telah berjaya mendapat tempat yang kesembilan di antara 70 buah negara!


Ia bermula dengan tragik. Ibu kepada Mark Hughes, pengasas Herbalife, menjadi ketagihan kepada pil diet yang dibenarkan dan meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan. Sungguhpun Mark hanya berumur 18 tahun, beliau bertekad mencari jalan untuk membantu kesihatan pengguna melalui pemakanan yang baik serta mencipta program pengurangan berat badan yang selamat dan berkesan. Setelah beberapa lama melalui proses pengkajian dan pembangunan, Mark melancarkan Herbalife untuk memenuhi misi menjadikan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan badan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini.
Produk Herbalife yang inovatif dihasilkan oleh para saintis, doktor dan pakar pemakanan dengan mengambilkira kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Walaupun produk Herbalife berformulakan semulajadi untuk kesejahteraan seumur hidup dan mudah diperolehi, namun janji untuk peluang perniagaan pastinya memberikan ganjaran kewangan yang menguntungkan.
Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife, Kumpulan Perhubungan Perubatan dan Lembaga Penasihat Perubatan adalah tenaga utama di belakang kejayaan industri Herbalife. Kumpulan pakar saintifik inilah yang mengarah pembangunan produk Herbalife menerusi kajian dan pengujian produk, agar kualiti Herbalife mampu mencapai standard yang ditentukan oleh industri pada masa kini.
Dengan kumpulan yang melebihi satu juta pengedar bebas menjual produk Herbalife di melebihi 70 buah negara di seluruh dunia ( dan jualan retail sebanyak $1.8 billion), anda boleh pastikan yang anda mempunyai sokongan untuk berjaya.
Capailah sasaran anda bersama kami yang komitmen dengan kesihatan dan keberhasilan anda. Pembimbing Herbalife membantu dalam memilih produk terbaik, memberikan solusi dan dukungan berkelanjutan selama perjalanan anda menuju pada kesehatan yang jauh lebih baik.

3 LANGKAH SEDERHANA HERBALIFE:

  1. Gunakan secara disiplin >> kami akan bantu dalam memilih produk
  2. Rasakan Manfaatnya >> kesehatan yang prima dengan nutrisi berimbang merupakan investasi yang sangat berharga dibanding kekayaan lainnya
  3. Bicarakan hasilnya >> sampaikan kepada saudara, sahabat, teman dan tetangga akan hasil yang anda capai.. karena bisa jadi ini adalah “SHODAQOH / Amal saudara” agar hasil anda lebih bermandaat untuk orang lain

Program Pengurusan Berat Badan Terbaik di Dunia 
Herbalife telah membina pasukan pengurusan peringkat atasan yang matlamat utamanya adalah untuk memastikan syarikat menjadi jenama nombor satu pengurusan berat badan dan nutrisi di dunia. Kumpulan penting ini membawa bersamanya pengalaman antarabangsa dan kekayaan kepakaran ke Herbalife. Mereka pernah memegang kedudukan eksekutif dalam beberapa syarikat global yang ulung di dunia. 
Kredibiliti Saintifik 
Herbalife telah mengumpulkan sebuah pasukan yang terdiri daripada saintis, ahli perubatan dan pakar nutrisi terkenal yang membawa era baru dalam syarikat. Membawanya ke satu tahap yang tiada tandingannya dalam industri dan memperoleh rasa hormat alam komuniti saintifik sedunia.

Kumpulan lelaki dan perempuan yang hebat ini - yang kebanyakannya bersekutu dengan universiti yang cemerlang, berada di belakang produk dan program inovatif Herbalife yang merevolusikan industri pengurusan berat badan dan nutrisi. Produk dan program seperti Niteworks yang dirumuskan oleh Pemenang Hadiah Nobel Dr, Louis Ignarro dan Shapeworks, program pengurusan berat badan peribadi yang dibangunkan menggunakan kajian yang dijalankan oleh Dr. David Heber, salah seorang pakar terkemuka dalam bidang-bidang pengurusan berat badan dan nutrisi, adalah hanya beberapa contoh bagaimana syarikat menerajui bidang pemajuan sains nutrisi



Herbalife Hari Ini dan Esok
Daripada produk-produk pengurusan berat badan dan nutrisi yang maju dari segi saintifik sehinggalah pendekatan peribadi yang pengedar Herbalife tawarkan kepada para pelanggan mereka, Herbalife sentiasa komited untuk memperbaiki kehidupan dan memberikan inspirasi kepada masa depan melalui formula-formula perintis dan peluang-peluang bisnes berkembang maju. Dengan lebih daripada dua dekad kejayaan dan berjuta-juta pelanggan yang berpuas hati yang berada di belakangnya, Herbalife mencipta dunia yang lebih sihat - satu orang pada satu masa.

Mengetahui sejarah Herbalife melengkapkan separuh daripada penyampaian anda kepada pelanggan.

Mark Hughes, yang mengasaskan Herbalife lebih daripada 25 tahun dahulu, telah pergi ke China untuk belajar dengan pakar herba supaya beliau boleh mencipta produk2 yang sebolehnya paling berkesan. 

kami komited terhadap kualiti produk dan selalu merujuk kepada pengedar2 yang selalu memberi maklumbalas penting daripada pengalaman peribadi mereka dan daripada pelanggan2. Dengan berbuat demikian, kami boleh membawa produk2 ke pasaran yang memenuhi keperluan para pelanggan hari ini dan sentiasa meninjau dan mengkaji keperluan pelanggan2 masa depan. 
samada anda menyampaikan produk pengurusan berat badan Herbalife, supplimen kesihatan atau produk nutrisi luaran, anda boleh rasa yakin bahawa barangan ini mempunyai sokongan kekuatan syarikat yang mempunyai tradisi lama dalam memfokuskan gaya hidup yang sihat untuk semua.


KELEBIHAN HERBALIFE 

Kajian sains di sebalik kejayaan 
Doktor sains dan ahli nutrisi yang ternama di AS menjadi anggota Lembaga Penasihat Perubatan dan Saintifik Herbalife, untuk memastikan produk2 Herbalife mencapai atau melebihi piawaian paling tinggi yang boleh dicapai.

Keseimbangan alam semulajadi dan sains 
Menggabungkan bahan2 semulajadi dengan teknologi sains membolehkan Herbalife mencipta suplemen harian perlu yang kaya dengan protein tambahan yang dialu-alukan untuk sebarang gaya hidup.

Bahan-bahan Herbalife 
Hanya bahan2 yang diperoleh daripada sumber semulajadi yang paling tinggi kualitinya dari setiap pelosok dunia dimasukkan dalam produk2 Herbalife.

Produk2 yang mudah diguna dan dibawa ke mana2 
Ini adalah produk2 yang tepat untuk anda dan pelanggan2 anda, samada untuk mengurangkan berat badan, mengekalkan berat atau seboleh-bolehnya menjadi sihat atau gembira. 

APA ITU NUTRISI SELULAR?

Apa itu nutrisi?
Secara konsep nutrisi berbeza dengan makanan. Makanan adalah segala sesuatu yang kita makan.
Apa itu Nutrisi sel ?

Sel adalah bahagian terkecil dari tubuh kita. Setiap hari ada sel yg rosak dan harus diganti. Sel yang rosak dan tidak diganti akan menjadi sel yg sakit.
NUTRISI berguna untuk REGENERASI SEL, iaitu untk mengganti sel yg rosak dan sakit menjadi sel yang baru dan Sihat.

Jadi NUTRISI bukan ubat, NUTRISI adalah makanan untuk SEL. Yang kita perlukan seumur hidup, makanya disebut ” NUTRISI SEL ”
Kalau sel kita mendapatkan CUKUP NUTRISI SETIAP HARI, maka SEL kita akan Sihat.
Memandangkan badan kita sangat-sangat memerlukan nutrien, kita harus tahu samada sel yang menyerap nutrisi ini adakah berfungsi sebaiknya dan dapat melakukan 'tugas'nya dengan baik? Sel yang menyerap nutrisi ini ialah vilus. Vilus merupakan komponen penting dalam usus kecil kita yang akan menyerap nutrisi daripada makanan yang diambil sehari-hari.

Dalam dunia kita yang semakin canggih ini, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai vilus yang agak rapuh dan kurang baik. Ini adalah berikutan kesan daripada pemakanan seharian kita, penggunaan toksin dan bahan kimia dalam pemprosesan dan pertumbuhan sayur-sayuran dan buah-buahan, pencemaran udara dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya vilus kita turut termasuk dalam kategori ini. Malah, mengikut kajian WHO (World Health Organisation), kadar nutrisi dan zat dalam sebiji epal sekarang adalah tidak sama dengan zat dalam sebiji epal pada masa yang lalu!

Jadi, Herbalife sangat membantu memperbaiki vilus yang rapuh ini dan membantu mengaktifkannya. Inilah yang dinamakan nutrisi selular, yang mana produk Herbalife diasaskan dan diformulasikan dengan konsep terbaik ini!
Kalau mahu tahu, ini adalah vilus kita!

Vilus merupakan komponen halus berbentuk seperti jejari yang mana terletak di sepanjang dinding usus. Pada asasnya, ia berfungsi sebagai 'jaga' ie guard, membantu penyerapan lebih banyak nutrien, mineral dan vitamin serta memelihara diri daripada toksin.

Jika sihat vilus kita, maka mudahlah bagi kita untuk menikmati setiap nutrisi daripada makanan yang kita ambil. Bukan itu sahaja, proses memperbaiki sel juga dapat dilakukan dengan baik (proses regenerate), iaitu sel-sel lama akan diganti dengan yang lebih baik.

Jika sebaliknya, maka tidak hairanlah mengapa kita asyik mahu makan sahaja dan asyik rasa lapar sahaja. Ini adalah kerana vilus kita sangat lapar dan dahagakan nutrisi. =)

Secara logiknya, jika kita makan makanan yang sihat, maka kesihatan diri juga dapat dipertingkatkan. Penyakit-penyakit yang kebanyakkannya berpunca daripada corak pemakanan kita akan berjaya dikurangkan dan diatasi dengan penggantian produk Herbalife yang berunsurkan bahan semulajadi.

Apa itu Nutrisi selular ?
Ini adalah konsep baru dalam dunia kesihatan. Cara untuk menjadi lebih sihat dengan 3 proses iaitu :

1. Membersihkan (Cleansing)
Kesihatan sangat ditentukan oleh apa yang masuk ke dalam tubuh, selain apa yang dialami tubuh secara external.

Dan apa yang masuk ke dalam tubuh, tentu saya masuk melalui saluran pencernaan (usus)

Apa jadinya kalau organ tubuh yang digunakan untuk proses pencernaan tersebut kotor, maka tentu saja, kemampuan saluran cerna untuk melakukan fungsinya menjadi menurun, iaitu kemampuan digest (cerna).

Kalau kemampuan cerna berkurang, maka makanan yang masuk akan membuat tubuh kenyang, tetapi nutrisi yang diperlukan tubuh tidak dapat diserap dengan sempurna oleh jonjot (vili-vili halus) usus.

Akibatnya mikro nutrisi tersebut yang diperlukan oleh tubuh untuk regenerasi sel-sel tubuh akan kurang dan akhirnya tubuh tidak melakukan proses regenerasi sel dengan baik. 

2. Menyerap (Absorb)
Setelah tubuh boleh memiliki saluran cerna yang baik, tentu semua makro atau mikronutrisi akan sempuran diserap tubuh.

3. Regenerasi sel (Healing)
Jadi, kalau semua nutrisi boleh sempurna diserap tubuh, maka sel-sel akan di sembuhkan diperbarui dan bila telah baru, tentu saja kemampuan untuk melakukan recovery berlangsung lebih cepat. Bila tubuh sakit, maka proses healing akan lebih cepat.

NUTRISI SELULAR PENTING KERANA :
  • Badan kita terdiri daripada satu ratus trillion sel
  • Sel membentuk tisu
  • tisu membentuk organ
  • Organ membentuk sistem badan
  • Sistem yang bergerak bersama ini mewujudkan seorang manusia
MAKSIMUMKAN KESIHATAN ANDA DENGAN NUTRISI SELULAR
Melalui nutrisi selular, nutrien yang menyihatkan dapat membantu memberi khasiat kepada sel anda dengan gabungan ekslusif nutrien berasaskan tumbuhan kami yang menyediakan vitamin, antioksidan dan mineral untuk menyokong fungsi sel. Dengan cara ini, produk kami menghantar nutrien yang menyihatkan kepada sel dikeseluruhan badan, sebagai sebahagian daripada diet yang menyihatkan.Sel-sel adalah unit asas dalam badan manusia, menyediakan tenaga untuk tugas yang anda lakukan - daripada berfikir kepada membesar. Contohnya, produk kami dirumuskan untuk menyokong vilus yang sihat, struktur halus bagaikan jari sepanjang dinding usus yang bertindak sebagai "pengawal", membantu badan anda meresap lebih banyak nutrien, vitamin dan mineral, sambil memelihara anda daripada toksin. Lebih sihat vilus anda, lebih efisien sel anda boleh menyerap khasiat dan diri anda menjadi lebih sihat.
HERBALIFE memaksimunkan nutrisi melalui formula saintifik unik. Gabungan ramuan berkualiti tinggi dan kaedah yang digunakan mengekalkan khasiat nutriennya. Inilah caranya kami memberi sentuhan peribadi kepada program yang mematuhi kehendak setiap individu...INILAH KELEBIHAN HERBALIFE.

APA ITU DETOKSIFIKASI ?


Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksiN yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.


Dari kebiasaan cara makan, tubuh manusia akan mengaktifkan suatu proses yang diketahui sebagai metabolisme untuk menyediakan darah baru dan sel-sel baru. Apabila kita menelan makanan melalui kerongkongan, makanan tersebut akan dicerna oleh perut dan usus kecil. Bagian yang mengandung zat-zat yang bermanfaat akan tetap berada dalam tubuh, sementara sisa-sisanya akan dibuang.

Sebagian sisa-sisa makanan tidak dapat melalui dinding-dinding perut dan usus sehingga hal tersebut menjadikan keadaan sama dengan dengan endapan kotoran di bahagian dalam paip air. Sisa-sisa makanan tersebut akan tetap berada dalam tubuh kita, dan ditambah lagi dengan adanya lipatan yang berlainan ukuran pada dinding usus. Sisa-sisa makanan tersebut akan menjadi kotoran yang tersumbat di dalam usus.




Jika kotoran dibiarkan di situ terlalu lama, maka akan terjadi proses fermentasi yang berlebihan, sehingga bakteri kompleks akan menjadi berlipat ganda di dalam usus dan akan mengeluarkan unsur-unsur bertoksin. Bakteri kompleks akan bekerja lagi lebih giat tanpa kita sedari. Akibatnya tubuh kita akan menderita berbagai penyakit dan rasa tidak nyaman yang tidak diketahui penyebabnya.

Pencemaran udara dan air juga menyebabkan berbagai masalah. Asap cerobong dari kilang, asap dari kendaraan bermotor, gas masak serta air paip berklorin akan menambah kandungan toksin di dalam tubuh kita. Demikian juga kebiasaan merokok dan minum-minuman keras.

Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksin ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).

Masalah berat badan berlebihan berpunca daripada perut. Untuk kekal langsing (dan sihat), sistem gastrointestinal mesti berfungsi dengan sempurna. Usus anda sebagai saluran paip longkang dalam sinki dapur anda. Gris dan lain-lain bahan buangan sentiasa mengalir keluar melaluinya. Jika ianya tidak selalu dibersihkan, bahagian dalam paip itu akan menjadi tersumbat.

Bila ini berlaku, dalam usus, metabolisme anda akan menjadi perlahan dan tubuh akan kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada bahan makanan yang anda makan (jadi ianya akan menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan). Anda akan rasa letih dan tidak bermaya dan tubuh anda akan menyimpan air dan anda akan menghadapi masalah berat badan.

Pembersihan saluran gastrointestinal memiliki mempengaruhi kesihatan dan membawa kesan terhadap perubahan berat badan. Jika tubuh anda sihat, sistem anda hanya perlukan masa antara 24 hingga 48 jam untuk mencerna makanan, menyerap nutrien dan mengeluarkan bahan buangan. Pada masa ini kebanyakan orang mengambil 2, 3 atau 5 kali lebih lama daripada ini. Ini bererti bahan buangan berada dalam usus bagi jangkamasa yang amat lama. Bahan buangan menjadi "berlekat" atau "termampat", ini membawa kepada masalah membuang air besar dan masalah berat badan.

Usus manusia berfungsi untuk menyerap nutrition termasuklah trace mineral, vitamin air dan sebagainya.

Setiap hari kita makan dan makanan melalui usus besar kita. Dan akhirnya lebihan makanan yang diserap tersebut akan menjadi bahan buangan. malangnya, tidak semua bahan buangan tersebut dapat dibuang. Ia melekat di dinding2 usus tersebut.

Akibatnya sel-sel yang menyerap nutrition tersebut tersumbat. Akibatnya organ2 badan mendapat bekalan nutrition tersebut.

Sebab itu banyak penyakit berpunca dari colon yang dipenuhi toksin di dalam usus. 






Contohnya, jika sering sakit kepala, bermaksud sel2 di kepala gagal mendapat nutrition, puncanya tiada nutrition yang diserap oleh usus yang menyerap nutrition kerana tersumbat.

Henry B. Beyler, seorang doktor Amerika telah membuat 4 kesimpulan dari pengalaman beliau di bidang kesihatan selama 55 tahun:

1. Penyebab segala penyakit buka dari bakteria, melainkan racun/toksin yang berawal dari keracunan makanan. Toksin/racun ini menyebabkan rosaknya sel tissue sehingga terjangkit bakteria

2. Dalam banyak kes penggunaan untuk ubat penyembuhan penyakit berbahaya,kesan samping dari ubat tersebut boleh membawa maut/kematian.

3. Makanan Organic adalah pilihan terbaik untuk merawat penyakit dan menguatkan tubuh.

4. Manusia mengalami sakit kerana toksin yang terkumpul secara terus menerus didalam tubuh.

Untuk itu Kita perlu Detox atau mengeluarkan racun itu.

PENYAHTOKSIDAN MEMBANTU DALAM PROSES PELANGSINGAN BADAN



Detox Your Body With  Herbalife ShapeWorks
Nutrisi untuk sistem pencernaan
Kesihatan dan penyembuhan berawal dari sistem pencernaan yang baik. Pencernaan yang baik dapat menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan, yang akhirnya mampu membantu sel-sel tubuh meregenerasi menjadi sel-sel tubuh yang lebih sihat.

Fiber & Herbs bekerja di dalam vili-vili usus untuk mengangkat lemak dan racun.

Lipo Bond berfungsi untuk mengikat lemak (terutama lemak di dalam peredaran darah). Lipo Bond mampu mengikat 25% lemak yang masuk ke dalam sistem pencernaan dari makanan tinggi lemak.

Herbal Aloe Concentrate mengandung enzim kehidupan yang dapat membantu pencernaan dengan membersihkan organ-organ tubuh, khususnya usus kecil dan usus besar yang merupakan sumber utama dari berbagai penyakit.





Jika anda mengurangkan berat badan dengan drastik seperti menahan lapar, sebenarnya anda kehilangan lebih banyak otot berbanding lemak, dan jika anda memberhentikan diet dan berat anda naik kembali, anda sebenarnya membina lebih banyak lemak lagi. Jika anda melakukan diet secara bermusim, hilang 10 kg dan 5 kg daripadanya adalah otot dan selepas itu naik balik 10 kg dan 10 kg yang naik itu adalah lemak.sebenarnya anda meningkatkan jumlah lemak di badan anda walaupun berat badan anda tetap sama. Ini bermaksud jumlah lemak anda meningkat berbanding sebelum anda melakukan diet. 


Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, sebelum memulakan program mengurangkan berat badan, lakukan penyahtosidan terlebih dahulu selama 7 hingga 20 hari. Anda boleh menggunakan tea hijau atau mengamalkan pemakanan buah-buahan seperti epal, strawberry dan sebagainya untuk menghapuskan radikal bebas. 


Selain itu pastikan anda meminum air secukupnya untuk membuang toksin dalam badan Anda. Penyahtosidan bermaksud membersihkan semua organ – organ penting seperti buah pinggang, hati, usus dan sebagainya. Dengan membersihkan organ-organ ini, anda boleh mengurangkan berat badan beberapa kg di sebabkan berat yang hilang adalah merupakan sisa-sisa toksin yang terkumpul dalam sistem badan anda dalam beberapa tahun.
Dengan mengeluarkan semua toksin tersebut dari badan, ini akan menyebabkan proses mengurangkan berat badan akan menjadi lebih mudah. Selepas menghabiskan proses penyahtosidan, pastikan anda memakan buah, sayuran dan makanan berfiber tinggi Untuk mengelakkan sisa toksin tadi berkumpul kembali. 


Walaupun berat badan anda tidak berkurang semasa menjalani pross penyahtosidan tadi, Ia adalah berguna untuk memulakan proses pengurangan berat badan di samping boleh meningkatkan lagi tahap kesihatan dan menguatkan sistem penghadaman untuk menolong mengurangkan berat badan anda.
Periksa dengan doktor anda untuk mencari program penyahtosidan yang terbaik untuk bentuk badan dan kesihatan anda. Anda akan berasa kelainan apabila semua toksin yang terkumpul dalam badan anda dikeluarkan.

Apa itu metabolisme ?


APA ITU METABOLISME?

Metabolisme dalam erti sederhananya merupakan pembakaran kalori tubuh menghasilkan energi untuk bertahan hidup. ingatlah bahawa tubuh anda memerlukan  energi setiap saat bahkan ketika tidur, sehingga melewatkan makan adalah hal yang paling buruk dalam hidup anda. dalam program diet,Anda harus menjaga tingkat metabolisme agar tetap tinggi, melewatkan makan akan membuat metabolisme melamban sehingga kalori cenderung tersimpang dalam tubuh.

Apa yang mempengaruhi metabolisme?

Apakah hal utama yang mempengaruhi metabolisme? Umur memang mempengaruhi tingkat metabolisme, tetapi bukan yang utama. Hal yang paling mempengaruhi tingkat metabolisme adalah otot. Semakin banyak otot yang Anda miliki, maka semakin banyak lemak yang akan Anda membakar lemak setiap saat selama 24 jam non stop setiap harinya!
Hal yang berpengaruh terhadap metabolisme, secara berurutan dari yang paling mempengaruhi :
  1. Jaringan otot : otot merupakan mesin pembakar lemak, semakin banyak otot yang terbentuk mata pembakaran kalori dan lemak juga semakin banyak otot yang terbentuk maka pembakaran kalori dari lemak juga semakin banyak.
  2. Frekuensi makan : makan dalam frekuensi yang sering menghindari penurunan tingkat metabolisme tubuh dan menjaga gula darah dalam level yang stabil.
  3. Pilih makanan : makanan berlemak  membuatkan metabolisme semakin lambat.
  4. Air yang cukup : air membantu tingkat metabolisme tubuh.
  5. Genetik : faktor genetik membuat tingkat metabolisme tiap orang berbeza, tetapi hal ini bukan faktor yang utama.
  6. Fungsi hormon : Thyroid merupakan hormon pengatur metabolisme, yang menjaga gula darah tetap stabil sehingga menghidari penurunan tingkat metabolisme.
  7. Stres : stress berlebihan menyebabkan tingkat metabolisme semakin menurun.


Berat saya susah nak turun padahal sudah mengurangi makan?

Apakah Anda sering mendengar keluhan seperti ini? Seringkali orang yang ingin menurutkan berat badan akan mengurangkan jumlah makanan yang dimakan, padahal dengan mengurangi makanan sehari - hari, metabolisme Anda semakin melambat. yang benar adalah mengatur jenis makanan. Pengurangan kalori secara tiba - tiba akan merusak metabolisme Anda.

Orang sering percaya bahawa orang langsing metabolisme tinggi dan orang yang kelebihan berat badan yang metabolisme rendah, tetapi ini biasanya tidak berlaku. Metabolisme sendiri tidak menentukan berat badan anda. Sebaliknya, berat bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil versus kalori yang terbakar. Makan lebih banyak kalori dari yang anda perlukan - berat badan bertambah. Makanlah kalori lebih sedikit daripada yang anda perlukan - anda menurunkan berat badan. Metabolisme hanya mesin tubuh yang membakar kalori dan menetapkan keperluan kalori anda. 


Apa itu kalori ?

APA ITU KALORI?


Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga
Adakah badan perlukan kalori? 


Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

 

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan? 

Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.


Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!





Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari? 

Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori

Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori

Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg ! (198,195 / 8000).

   

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?

Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


Basal Metabolic Rate (BMR ).Apa kiatan dengan kalori?
Apabila kita mula menimbang dan mendapatkan analisis badan, pasti antara salah satu keputusan yang bakal diperolehi ialah BMR badan kita. Namun, tahukah kita apakah dia BMR itu sebenarnya?

BMR merupakan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita semasa badan dalam keadaan berehat ataupun semasa tidur. Selain itu, BMR juga bermaksud kadar kalori paling minimum yang diperlukan bagi memastikan setiap otot atau organ badan berfungsi.  Ini menunjukkan bahawa sungguhpun badan sedang bersenang-lenang tidur atau berehat, tenaga masih lagi diperlukan dan diguna pakai. Namun, kadar BMR ini adalah berbeza-beza antara seseorang individu dengan yang lain bergantung kepada faktor umur, jantina, pekerjaan dan sebagainya.

Akan tetapi, apabila umur kita semakin meningkat, kadar BMR juga bakal menurun. Ini adalah kerana lean body mass adalah kurang- yang mana menyebabkan penurunan kadar BMR. Jika badan kita mempunyai lean body mass yang tinggi, maka kadar BMR juga adalah berkadar langsung.

Jadi, apa pula kaitannya BMR dengan pengurusan berat badan?

Jika BMR kita ialah 1400kcal, maka haruslah kita awasi apakah makanan yang masuk ke dalam badan kita; samada lebih tinggi kandungan kalorinya ataupun rendah. Kawalan kalori ini adalah penting kerana lebihan kalori yang masuk berbanding yang keluar akan menyebabkan bertambahnya lemak dalam badan!

Sebagai contoh; BMR saya ialah 1400kcal dan saya juga tidak mengamalkan aktiviti luar mahupun senaman ringan. Setiap hari, saya makan sebanyak 3 kali makanan berat dan beberapa kali makanan ringan seperti kuih apabila perut terasa lapar. Kesannya, kalori yang masuk adalah hampir 2000kcal! Lebihan 600kcal inilah yang bakal membuatkan saya gemuk dan menyesal di kemudian hari! 

Kadar BMR bagi perempuan kebiasaanya ialah 1600-1800kcal manakala bagi lelaki ialah 1800-2000kcal. 

Oleh itu, sekiranya BMR kita agak rendah; pemakanan dan diet adalah penting untuk meningkatkan metabolisme badan. Pembinaan lean body mass menerusi pemakanan sedikit sebanyak boleh membantu selain mengamalkan senaman dan aktiviti luar.

Ape itu BMI ?

BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagi indeks jisim tubuh.
BMI adalah ukuran objektif yang digunakan untuk mengkalisifikasikan seeorang itu sama ada obese atau tidak.




Apa pentingnya mengetahui obese atau tidak?
Obesity akan mempengaruhi risiko seeorang itu untuk mendapat penyakit. Obesiti ialah simpanan lemak berlebihan berbanding jisim tubuh teras (lean body mass). Simpanan lemak berlebihan boleh menyebabkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi meningkat.
Bagaimana mengira BMI?
Formula BMI ialah berat dalam kilogram (kg) dibahagikan dengan kuasa dua tinggi dalam unit meter.
Contohnya : Tinggi anda 157 cm dan berat badan  anda 62.7kg ,maka pengiraan BMI anda ialah :
                       62.7kg / (1.57 x 1.57 ) = 25.44 

Kategori BMI :
  • Kurang berat badan          = <18.5
  • Berat badan yang normal = 18.5-24.9
  • Berat berlebihan               = 25-29.9
  • Obesiti                              = 30 atau lebih
Untuk pegetahuan anda semua, sebelum saya makan herbalife berat badan saya 74kg, can u imagine hanya ketinggian 157cm dan berat badan 74kg. Memang gemuk r .Kalau cakap pasal spare tayar , tak perlu cakap,confirm ada. Masa itu, BMI saya dikategorikan obese. Sedih giler. Tp sekarang BMI dalam kategori berat berlebihan tapi hampir kepada berat badan yang normal iaitu 25.44. Saya still consume makan herbalife until saya dapat berat badan saya yg dulu 53-55kg ! As conclusion. saya dah hilang 11.3 kg !!




Penyebab Berlebihan Berat Badan
Faktor risiko termasuk :
  • Sejarah keluarga anda.
  • Masalah perubatan.
  • Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Apakah komplikasi masalah ini?

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Elakkan Berlebihan Berat Badan

  1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
  2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
  3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.

Rawatan Berlebihan Berat Badan

Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
  1. Pemakanan:
    • Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
    • Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
    • = 30% kalori daripada lemak.
  •  
    • Untuk mengurangkan berat badan :
      • Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
      • Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
      • Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
      • Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
      • Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
      • Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
  1. Aktiviti fizikal
    • Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking") jauh dan bersenam semasa menonton TV.
    • Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
    • Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
  1. Ubah tabiat anda.
    • Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
    • Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
    • Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
    • Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.
  1. Ubat-ubatan
    • Ubatan selalunya didapati tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.
    • Jika perlu, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  1. Pembedahan
    • Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan di dalam kes-kes tertentu contohnya, BMI > 40 atau terdapatnya risiko untuk komplikasi yang teruk seperti kematian awal, pembedahan gaster (perut) dan lain-lain.
    • Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.
Berapa lama seseorang perlu dirawat?
  • Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang mengalami kegemukan/obesiti dan dalam kebanyakan kes,rawatan ini mungkin untuk sepanjang hayat.
  • Doktor anda akan memantau BMI anda dan merawat komplikasi anda.
 *Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM