Learn Ayat Al Kursi, Ayatul kursi

Learn Ayat Al Kursi, Ayatul kursi

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
"JANGAN kamu HITUNG berapa kali orang MENYAKITI dan MENINGGALKANmu, tapi HITUNGlah berapa kali engkau MENYAKITI ALLAH dan Dia tidak pernah MENINGGALKANmu.."..-)

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An-Nahl: 18)
 

MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Darjat seorang isteri.

Darjat seorang isteri.

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Tanda-Tanda Saat Kematian

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama....

Jangkaan Lailatulqadar Menurut Imam Ghazali - satu kajian


Jangkaan Lailatulqadar Menurut Imam Ghazali - satu kajian


Lailatulqadar ialah satu malam yang amat agung pada setiap Ramadan. Ia juga malam perhubungan mutlaq antara bumi dan alam al-Mala’ul-A’la. Pada malam itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW seperti firman Allah “Sesungguhnya Kami sudah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar.” (Al-Qadr:1) Mencari malam lailatul qadar adalah sunat kerana Rasulullah SAW menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim menyatakan bahawa Baginda berusaha sedaya upaya pada malam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam lain.
Mengenai cerita dan riwayat yang dikatakan berlaku pada malam itu perlu kita selidiki mengenai sejauh mana ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Banyak pandangan beberapa sahabat dan ulama mengenainya antaranya ialah pandangan Imam Ghazali. Menurut beliau malam ini boleh diketahui melalui:
Jika awal Ramadan pada Ahad atau Rabu, maka lailatulqadar pada malam 29 Ramadan.
Jika awal Ramadan pada Isnin, lailatul qadar pada malam 21 Ramadan.
Jika awal Ramadan pada Selasa atau Jumaat maka lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.
Jika awal Ramadan pada Khamis, lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.
Jika awal Ramadan pada Sabtu, maka lailatulqadar pada 23 Ramadan.
Selain tanda itu malam ini juga boleh dikenali dengan beberapa tanda iaitu:
.
Malam itu langitnya kelihatan suci bersih.
Bulan bercahaya segar dan terang benderang.
Udaranya nyaman, tidak sejuk dan tidak panas.
Langit tidak diganggu bintang.
Matahari pada waktu paginya memancarkan cahaya seimbang seperti cahaya bulan purnama.
Bagaimanapun, lailatulqadar ialah rahsia yang hikmahnya supaya umat Islam terus mencari dengan menggandakan amal ibadah. Rasulullah bersabda “Telah datang kepada kamu Ramadan bulan membawa berkat, Allah menyelubungi kamu, lalu ia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah SWT memperkenankan doa pada bulan itu. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu pada Ramadan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada malaikat. Oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-Nya.” (Riwayat Tabarani)

13 AURAT TERHADAP WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

RUPA KIAMAT-BACALAH WAHAI SAHABATKU.KUATKAN SEMANGAT APABILA MEMBACANYA.ORG YG BERIMAN PASTI MERASA GERUN MEMBACANYA.



Gambaran Hari Kiamat ... ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.   ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.   ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.   ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.   ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.   ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.   ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.   ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.   ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.   ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.   ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:   ⅰ- Pemimpin yang adil.   ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.   ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.   ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.   ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.   ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).   ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.   ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.   ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.   ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.   ✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.   ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.   ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.   ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.   ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.   ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.   ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.   ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.   ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.   ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.   ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.   ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :   ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.   ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.   ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.   (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)   ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.   ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.   ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.   ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.   Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.   ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :   ① Sedekah/amal jariahnya.   ② Doa anak²nya yang soleh.   ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

ALhamdulillah ~

Bersyukur ke hadrat ILAHI..dengan limpah kurnianya...Aku masih diberikan kesempatan kesihatan yang baik dan gembira bersama keluarga tersayang ~

Entry kali ini,
  • Result x rasmi untuk subjek luar jabatan untuk kos ak..Alhamdullilah,ak mendapat A sujek ini..1st time ak dpt 4 flat dlm UM...huhu..kalau sebelum ini nak pointer atas 3.00 pn susah..huhu..sangat bersyukur2 ke Hadrat ILAHI..terima kasih YA ALLAH..
  • hARi ini,ak menghtr mak ak wat medical check up..kan hari itu mak ak kna wat pembedahan..setia 8 bulan kna wat check up..untuk betul2 memstikan mk ak x apa2..so,dari semalam ak bertolak dari rumah ak kt pontian sampai ke JB..tido 1 mlm di rumah practical adik ak sekarang..dengan menaiki motorsikal..seriously ak x pernah bw motor smpi ke bandar bsr..TAKUT..dgn treler2 bsr..byk kenderaan..kwsn yg byk hutan..agak seram jugak r klu motor wat hal..INsyaALLAH x apa2..krn baru beli motor baru.huhuhu..
  • dari kol 8 pg ak htr adik ak ke tmpat practicalnya dulu..baru ak menghtr mak ak ke hospital sultananah Aminah dlm 15 minit dh smpi di hospital..dlm kol11 pagi..everythings is allrights..next appointment 8 bln dari sekarang..next destination ke kota masai 2..pergh..jauh nya..smpi bsh kuyup ak hari ini..nak ke kedai mkn pak uda ak yg baru buka..Alhamdulillah  perniagaan sgt baik..untung bersih pn dpt 4 ribu lebih..ok lah kan..huhu sape nk mkn mee bandung..dtglh ..ak mempromote ni..huhu..mee bandung muar ad..mee bandung btu pahaT pn ada..hahahaha
  • Esok..ak akan start balik ke rumah ak bersama mak..maybe perjalanan mkn masa dlm 3 jam..berbanding ak ke rumah adik ak hanya memakan masa 2 jam shj..pnt pinggang ma..huhu..Doakan ak esok semoga selamat perjalanan pulang ke rumah..
  • k lh..ngantuk lh..nt sy update lg k..AS-SALAM
wat sekian lama nya saya x update blog..mcmlh lame sgt..hahaha padahal hmpir sebulan je..

ini disebabkan beberapa faktor :
  1. saya ada exam subjek untuk luar jabatan iaitu Flora Malaysia..bygkanlh..saya pernah bc nota dlm 2 kali je dlm 3-4 minggu ..sy pn x sure brape lame sy tinggalkan nota saya..ble dh nk exam..baru nk terhegeh2 nk hafal nota..yelh biology kan..byk kna menghafal..huhu..sila jgn tiru aksi ini.
  2. labwork..tension dgn tesis kot..maybe sy x ada masa nk  update blog..apepn..selasa ni jugak sy nk blik kg..sambung sem baru ntlh..
  3. saya banyak tgk cerita kot..lebih2 lg cite korean..paling best citer..secret garden n you are beautiful..mmg terbaik lh..
saya terlupa nk tangkap gambar byk2  tentang labwork..xpelh..next time k..klu ada wt synthesis lg lh..

hmm..xadpe kot nk ckp..next time lh.

As-salam ~

Kali ni kita pergi SNOWWALK I-CITY !

Map ke I -City Shah Alam

Gambar dari part saya








Nt saya update lg k..bye






saya suka lagu ni..^_^


Syaitan masuki tubuh menerusi 10 pintu

hari ini saya ingin berkonsikan artikel yg sy bc hr ni..
semoga dpt memberi pedoman kepada kita semua ~

Untuk membantu manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi Iblis, Islam sudah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara supaya dapat menolongnya bertahan dalam bertarung dengan syaitan dan membolehkan ia berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. 

Dalam kitab itu menyatakan, perkara itu sudah pun disimpulkan oleh seorang yang salih dengan katanya: 
“Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu: 
Pertama: Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar. 

Kedua: Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba. 

Ketiga: Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk. 

Keempat: Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan. 

Kelima: Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka. 

Keenam: Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya. 

Ketujuh: Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas. 

Kelapan: Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. 

Kesembilan: Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk. 

Kesepuluh: Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia. 

Antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelak diri daripada panah dan tipu daya Iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan semua kerja. Dalam hubungan ini Abu Hurairah sudah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang kafir. 

Didapati bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk sedangkan syaitan bagi orang mukmin kurus kering dan dalam keadaan duka cita. Lalu syaitan orang kafir bertanya kepada syaitan orang mukmin: “Kenapa kamu kurus kering dan duka cita. Syaitan orang mukmin menjawab: Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah. Jadi aku terus lapar. 

Apabila minum dia menyebut nama Allah. Jadi aku kehausan. Apabila dia memakai pakaian dia menyebut nama Allah dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila dia memakai minyak rambut, dia terus menyebut nama Allah. Dengan itu rambutku terus kusut kering.” 

Syaitan yang kafir pula berkata: “Tetapi aku mendampingi seorang yang sedikit pun tidak melakukan daripada apa yang engkau sebutkan tadi. Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanan, minuman dan pakaiannya.” 

Demikianlah,wallahua’lam. .....

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: [sim] TIPS : Elak Kecurian, Dirompak dan dirogol d...

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: [sim] TIPS : Elak Kecurian, Dirompak dan dirogol d...: "Elak Kecurian, Dirompak dan dirogol dalam Rumah Sendiri Banyak kes pecah rumah dan ada ahli kelua..."

Termakbulkah Doa Anda?

Sebab, doa itu hakikatnya adalah luahan hati yang timbul dari jiwa yang meyakini wujudnya dua hakikat:
1.  Hakikat wujudnya Allah SWT yang merupakan sumber kesempurnaan, kegagahan, kekayaan dan kelimpahan yang tiada bandingannya.
2.  Hakikat wujudnya makhluk yang merupakan wadah kefakiran, keberhajatan, keperluan dan kedaifan.
TIPS-TIPS TENTANG CARA BERDOA
Setiap sesuatu mestilah mengikut saluran, jalan atau caranya yang betul. Begitulah halnya dengan berdoa. Ada cara-cara yang dapat anda semua lakukan agar doa anda itu mudah makbulnya di sisi Allah SWT. Antaranya:
1.  Bertaubatlah terlebih dahulu dengan membaca kalimat Al-Istighfar. Firman Allah SWT: “…Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)
2.  Menadah tangan dan menghadap kiblat sewaktu membaca doa. Sabda Rasulullah SAW: “Tuhan kamu Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Dia malu jika hamba-Nya sudah mengangkat tangan berdoa kepada-Nya lalu tidak diberi.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)
3.  Mulakan doa dengan ta’awudz terlebih dahulu untuk mengelakkan kita daripada gangguan syaitan. Contohnya, “Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam.”
4.  Mulakanlah doa kita dengan memuji Allah SWT dan akhirilah dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Doa tanpa memuji Allah SWT, tasbih dan selawat ke atas Nabi dikira gopoh dan tidak cukup sopan.
5.  Lontarkanlah suara kita antara suara terdengar dan suara yang agak perlahan.
6.  Harus yakin bahawa doa kita akan diperkenankanNya, jangan sekali-kali meragui kekuasaan Allah melayani permintaan hamba-hambaNya. Aamiin Allahumma Aamiin…
7.  Ulanglah doa kita berkali-kali dan bersungguh-sungguhlah dalam memintanya. Hendaklah dilakukan dengan penghadiran hati, rendah diri dan menjiwai kebesaran Allah SWT. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar!
SEBAB-SEBAB DOA SESEORANG TIDAK DIMAKBULKAN
Seterusnya kita masuk pula kepada sebab-sebab doa tidak dimakbulkan. Agak-agaknya kan, kenapa ye? Baiklah, secara ringkasnya yang dapat saya justifikasikan di sini, antara sebab-sebab doa seseorang tidak dimakbulkan adalah:
1.  Mereka berdoa dengan cara yang tidak pernah diajarkan oleh Allah SWT dan rasulNya. Maksudnya seseorang itu tidak mengikuti “cara-cara berdoa” yang telah saya tuliskan di atas.
2.  Selalu makan dan minum barang yang sudah pasti daripada sumber yang haram. Na’uzubillahi min dzalik. Bukankah Rasulullah SAW pernah menasihati Saad ibn Abu Waqqas yang bertanya tentang rahsia mustajab doa? Kata Baginda SAW yang bermaksud pilihlah barang-barang yang halal untuk dimakan dan digunakan, makanan yang haram hanya mendekatkan seseorang kepada api neraka.
3.  Mengenali Allah SWT, tetapi tidak pernah menunaikan hakNya. Antara hak Allah SWT yang perlu kita tunaikan adalah beribadat kepadaNya. Ibadat itu juga sebagai tanda kita bersyukur dan berterima kasih atas nikmat pemberianNya yang tidak terhingga kepada kita.
4.  Mengaku diri umat Nabi Muhammad SAW, tetapi tidak pernah mengamalkan sunnah Baginda SAW. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud barangsiapa yang tidak mengikut sunnah Baginda SAW bukanlah termasuk dalam golongan Baginda.
5.  Mengenali Al-Qur’an, tetapi tidak pernah melaksanakan isi kandungannya. Antara ciri-ciri orang munafiq adalah membaca Al-Qur’an, tetapi tidak mengamalkan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.
TEMPAT DAN WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERDOA
Pemilihan tempat dan waktu yang terbaik untuk berdoa juga penting dalam memastikan sampainya doa kita kepada Dia Yang Maha Kuasa.
Tempat:
1.  Ketika kita melihat Kaabah.
2.  Ketika kita melihat masjid Rasulullah SAW.
3.  Ketika berada di depan Kaabah.
4.  Ketika kita berada di Raudah (Masjid Nabi).
5.  Di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.
6.  Di sisi perigi zamzam.
7.  Di atas Bukit Safa dan Marwah.
8.  Di padang Arafah.
9.  Di Muzdalifah.
10. Di Mina.
11. Di sisi jumrah yang ketiga.
12. Di masjid-masjid.
13. Di surau-surau.
Bagi kita yang berada di Malaysia sekarang ini, cukuplah kalau kita dapat berdoa di masjid-masjid dan di surau-surau. Justeru, rajinkanlah langkahan kaki ke masjid atau surau, luangkanlah sedikit masa ke rumah-rumah Allah SWT. =)
Masa:
1.  Ketika menuju ke medan perang.
2.  Dalam pertempuran di medan perang.
3.  Ketika hujan.
4.  Sesudah berwudhu’.
5.  Selepas azan (antara azan dan iqamah).
6.  Sewaktu sujud.
7.  Di akhir surah Al-Fatihah.
8.  Sesudah membaca Al-Qur’an dan sesudah selesai menunaikan solat fardhu lima waktu.
9.  Di tengah malam.
10. Di sepertiga malam yang pertama dan terakhir bulan Ramadhan.
11. Pada bulan Ramadhan.
12. Malam Lailatulqadar.
13. Pada hari Jumaat.
 ORANG YANG MAKBUL DOANYA



Mesti anda semua ingin mengetahui siapakah orang yang mudah dimakbulkan doanya kan? Antara golongan yang doanya mudah dimakbulkan adalah:
1.  Doa seorang pemimpin yang adil.
2.  Doa orang yang sedang berpuasa.
3.  Doa orang yang dizalimi.
4.  Doa seorang muslim untuk saudaranya.
5.  Doa seorang anak untuk kedua-dua orang ibu bapanya.
6.  Doa orang tua kepada anaknya.

 “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’min: 60)



hari ke - dua dlm lab ~

actually ak dh start lame dh 2 minggu jugak lh..supervisor suruh cri jurnal2 yg hampir dgn tajuk ak nk wat..
"synthesis and characterization of inclusion complexes of beta -cyclodextrin and azomethine "
wat sedikit kajin2  sebelum start lab ak..mmg x fhm owh..berhari2 ak nk memahaminya..at least ak dpt idea sebelum ak start projek ak nie..

semalam bru strat lab sebenar ak..1stly ak kna kira mole ratio 1 : 1 of betacyclodextrin and azomethine,then ratio 1: 2. 2: 1..kna wat kneading method dulu..kneading method nie akan menggunakan pastel n mortar,alah2 mcm lesung n batu..kna grind both of them..selama 30 minutes..bygkanlh sample ada 3,then 30minutes x 3 = 1 jam setengah ..pnat ma..cramp tgn ak...





ad abg guide ak memandangkan supervisor ak tgh mengandung,x lame dia akan cuti..

hari nie lak sambung wat until keringkan dia dlm dessicator n drying in oven  abaout 2 hours at 63 degree celcius,n masukkan dlm wise..

sok sambung wat heating method pula..

ad lg 1 best hr nie..ak amek subjek flora malaysia this sem..kitaorg akan ad fieldwork..bestnye,,maybe kt genting atau sea side..xpernah ak rase field work sejak masuk um nie..

then mase ak habis lab hr nie..ak blik awl,  memandangkan semua dh settle..
ak glh singgah kafe sains yg kt ats bukit tue..mak cik tue baik sgt..actually nasi n lauk ak amek dlm rm 3.50,n air bandung bungkus rm 1.40..mak cik tue kira rm3.00 and rm 1 je..ak dh jimat 90 sen..terima kasih mak cik..nie membuatkan sy akan selalu g ke kedai mak cik..

Terima kasih ~

Hospital Sultanah aminah Johor bahru..

mesti korang tertanya berkenaan titile diatas..

actually,mak ak kna operate hr khamis lepas,9 jun 2011..

hr selasa mlm,ak pulang ke kg,bersama si dia..tepat kol 5pg kami sampai umah..
keesokan paginya bertolak ke jhr,mak ak kna masuk sebelum operate keesokkannya..
mak ak nmpk tenang skali..

hr rabu tue,tepat kol 12 tghr smpi disana..mak ak dimasukkan ke wad barat 3 iaitu wad genekologi..
mak nmpk gembira shj,dh setahun mak ak derita penyakit ini..iaitu fibroid dlm rahim..mak ak selalu tumpah darah..dh 3 kali mak ak masuk wad kerana kurang darah..kesian mak ak,mcm2 dh berubat...last2 ak berbincang dgn si dia,agr mak di scan di klinik swasta,alangkah terkejutnya..ak diberitahu oleh dr, mak disahkan ad ketumbuhan dlm rahim,ad 3 kesemuanya..tp masih kecil lg,x memudaratkan lg..kurang 1 peratus utk jd kanser..

alhamdulillah,mak ak dpt membuat pembedahan di hospital kerajaan..syukur sgt2..hanya kna byr rm150 keseluruhannya..operation just byr rm100 shj..ini kerana,selalunya klu nk wat pembedahan akan menuggu waktu yg sgt lame smpi setahun atau 2 tahun..alhamdulillah,hanya sebulan lebih je,mak ak dh dpt masuk wad,ini kerana byk kekosongan pd waktu itu..

pada hr khamis,mak ak di bedah..mak kate pg..so,ptg maybe dh siap..namun..apabila kami sampi ke wad mak,mak x ad lg kt katil lg..keluar masuk,keluar masuk ak dr kaunter bilik bedah..nurse ckp,mak x siap lg di bedah..ak amat risau sgt keaddan mak,ak berhrp sgt mak ak x kan pape..kami tuggu sampi ke petang kol 6 hingga 7.30ptg...namun x ad lg pape berita..Ya ALLAH,time tue,ak tkut sgt ape2 terjadi pd mak..

akhirnya,si dia,adik2,abah x dpt jupe mak wat 1 hr nie..waktu melawat tlh hbis kol 7.30ptg..ak ingin tinggal di hospital utk menjaga mak ak..tepat kol 8.15mlm mak keluar dr bilik bedah..saat itu,ak sebak melihat mak dlm keadaan amat x berdaya..mak still separuh sedar...namun ak bersyukur sgt2 mak  x ape2..x ad pape komplikasi2..ak tuggu mk sedar smpi kol 11 mlm..mk still x sedar,masih kepenatan di bedah 1 hr..kol 2pg mk sedar..mak nk air..cian mak,nk ckp pn susah..

hr jumaat,mak semakin pulih..cuma x boleh berjln lg..1 hr mak terbaring..ak menukar pakaian mak,mengelapkan bdn mak,mk x mampu g ke bilik air..ak x kisah ak tido ats lantai..aslkan mak akn cpt sembuh..ak selalu wat lwk.agr mak hepi..cian mak..nk gelak pn susah..

mesti korang x caye ak nie suka wt lwk..ak nie byk diam je pd org ak x brape rapat,byk mendgr selain berckp..huhu..ble ak dh serasi seseorg..org itu mesti terkejut sbb x sangka ak nie suka berckp..haha..selalu kna kan org..huhu..like my rumet..kiteorg selalu gaduh mulut...mesti menegakkan pendapat masing2..haha.miss so much my rumet kt um..dgn liza..dia selalu je kna loyar buruk dgn ak...nasib dia nie jenis penyabar..haha,ain,ika 3rd,pia,rohani,suhaila..wat mase nie.ak paling rapat dgn diaorg..sambut hr jadi same2..1 kek tp semua org pnye hr jadi...thank so much,korang menerima ak menjadi slh seorg kwn dr kamu semua..hanya beberapa bln kami menjadi rapat..

hr sabtu,pagi2 ak bgn ,mak ak nk sarapan..ak watkan air milo..best tau mcm kt kedai je..ak berseloroh dgn mak," mak sedap x air milo eka wat,sedapkan mcm kt kedai jer" mak pn tersenyum..pg tue,ak mandikan mak..7.30pg smpi kol 11pagi ak kna keluar dr wad..tme tue dr akan round,check pesakit2nya..alhamdulilah,dr kate mak ak semakin pulih..hr ahad dh boleh discharge..

dlm saat suka,ak sedih dgn katil sebelah,mak cik ria..rasenya dia org indonesia..cian dia,x ad org nk jenguk dia..nk dibandingkan mak ak..setiap hr mak ak dilawat ..mak cik nie x nk mkn,x nk amndi,katenya x leh bgn..actually dia sendiri x nk berusaha utk sembuh cpt..hanay terlntr ats katil je..cian ak tgk dia..ak selalu tlg dia klu dia nk minum,tlg ambilkan air masak ,kna angkat dia dr katil if klu dia nk mkn,,tp ckit sgt dia mkn ..x tahu mcmane nk pujuk lg..dh mcm2 ayat ak pjuk dia mkn..hanya mengelengkan kepala saja..

byk ilmu ak dapat selama 3 mlm ak tido kt hospital..byk berkenalan dgn org..melayu,cina ,india,indonesia,,,semua org ak ckp..diaorg amt mesra..maybe ak suka senyum dgn org wlpn berlainan bangsa..mcm2 kisah ak dgr..dan menjadi pendengar setia mereka..

hidup ini hanya sekali...hargailah..

hr ahad paling gembira sekali..mak dh boleh keluar hospital,memnadangkan mak sudah boleh berjln semlm..sudah boleh buang air kecil sendiri..kami pulang ke rumak pak uda dulu..kerana mereka byk menolong kami,dlm 5 hr,adik2,abah n si dia tinggal di rumah pak uda..agr senang berulang alik dr hospital jika nk dibandingkan balik rumah yang jauh tu..

kol 6.30ptg,maka kami pn pulang ke rumah, benut pontian johor..kol 9 mlm baru smpi..sgt pnat..kol 12 tgh mlm lak nk bertolak ke kl plak..sok nya ak ad klas,n lab..jd terpkasa lh blik,x leh nk skip..si dia pn nk keje esoknya,byk keje terbengkalai..3 hr keje dr hr rabu smpi hr jumaat,hp x pernah nk stop bunyi ad je org pjabat kol dia..cian dia ak tgk,dia dh byk berkorban utk keluarga ak..time keluarga ak ad mslh pape,dia yg byk tlg..mak abah ak semuanya syg dia.boleh dikatakan bakal menantu harapan..huhu

akhirnya kami smpi kl tepat kol 6 pg..byk kali stop,sbb mengantuk sgt..x cukup rehat..ak lh byk tido..cian dia drive sorang2 tanpa ad org temankan dia berbual..


ak byk terhutang budi pd dia..ALLAH telah menemukan jodoh terbaik utk ku..Terima kasih Ya ALLAH..
doakan kami agr kami kekal bersama..ak ingin menjadi isteri terbaik utk nya..